I love my mom no matter what we go through, no matter how much we argue, because I know, at the end, she'll always be there for me. Happy Birthday, Mama. Mwah mwah. Heart you! ♥
Thursday, January 12, 2012
Happy Birthday, Ma.
Wednesday, January 11, 2012
Yes, I'm leaving
Bukan leaving pegi mana-mana pun. Cuma leaving dunia blog untuk sementara ya, sementara! Sebab sekarang sudah 11/01/2011. Kurang dari sebulan ja lagi aku final exams. So, oleh kerana semestar lepas aku result aku tunggang langgang sikit, haruslah aku struggle kan. InsyaAllah, Allah kuatkan iman aku untuk belajar :)
Ini jadual Exam aku. See, tidak lama lagi kan? Mesti ready awal-awal ni. Sudahlah subject aku semester ni agak mencabar. DIE! T_T
Tapi, kalau berpeluang akan aku cuba untuk update blog. Kalau lama tinggalkan blog, nanti berhabuk pula kan. Hilang pembaca yang comel-comel belaka. huhu
Ini wajah aku hari ni. Orange gitewww~ Baju ni sudahlah besar tapi terpaksa pakai sebab aku ada shooting yang memerlukan aku pakai baju warna Orange. Kan kena berlakon jadi cashier A & W.
Nass & yours truly. Kami settle streamyx tadi. Yeah! Esok atau lusa sudah ada streamyx atas nama sendiri. Aku apply 4mgb. Harap-haraplah dapat suppport. Boleh aku download banyak-banyak movie sambil ketawa terbahak-bahak. haha over pula -.-
Dan inilah cashier A & W yang sangat selekeh! hakhak. Nasiblah tidak "cut" banyak kali. Walaupun dalam english, memuaskan jugalah lakonan aku. Walaupun ada juga rasa janggal. Tapi keseluruhannya, OK! :)
Alhamdulillah, akhirnya settle shooting untuk presentation Market & Planning Management. Tinggal bahagian Literature Review subject Research Methods for Business ja lagi kena buat. Itupun tolong orang. Its okay, tolong menolong kan amalan mulia. Sila amalkan juga ya!
P/s : Macam cantik pula combination orange+hitam kan? Nanti mau try lah!
Tuesday, January 10, 2012
About Aries.
#Aries Do not give a damn whether or not you like them. They will continue on as if you do not exist.
Offer aku jadi pelakon? Pun bolehhhh!! haha
Opss, bukan berlakon drama/fim Malaysia okay. Dan bukan juga International (wah, ada hati! -.-) Ini hanyalah berlakon untuk presentation Marketing. Saja buat kelainan kan. Boringlah presentation biasa ja guna power point so kami tunjukkanlah bakat berlakon kami. Chewahhh!
So tadi shooting beberapa scene. Memang best lah kan. Aku macam biasa, berlakon ikut suka hati aku. Main cakap ja apa keluar dalam otak. Susah wohhh! Kalau guna bahasa melayu relax lah kan aku merepek tapi ni kena speaking pula. Perghh~ cobaan betul!
Masa ni scene untuk aku sudah lepas. Sikit ja pun. Ini scene untuk CEO A&W (kononnya). Part aku berlakon, tiada orang ambilkan gambar T_T its okay, esok aku ada lagi scene aku jadi Cashier A & W. hehe Harap-haraplah aku tidak tergagap-gagap tanya order orang.
Sementara orang busy shooting, aku ambil-ambil gambar muka syok sendiri. haha Macam biasa lah kan. Ini penyakit yang memang tidak boleh di elakkan.
Oh anyway, tadi ada kejadian yang memang funny! Tengah konon try shooting untuk jadi cashier A & W, tetiba ada real customer datang...
Customer : Kak, bagi mineral satu.
-_______-" Okay, terus lari sambil ketawa terbahak-bahak. Muka perempuan tu pun blurr. HAHA Tapi boleh pula kan dia yakin aku pekerja dekat situ. Urghh siap panggil "kakak" tu.
Tua sangat kah rupa aku nie? T_T
Okey, sudah shooting untuk hari ni selesai, direct pegi Netball Court, MMU untuk training. Semangat aku datang awal. Aku orang paling awal. Nasiblah ada "peneman" yang menghiburkan hati :)
Choki-choki! Senangnya dalam hati menunggu yang lain datang sambil makan choki-choki! Jangan terkejut tengok mineral botol besar aku tu. Masa netball memang aku minum banyak gila air sebab haus okay kejar tenaga-tenaga orang jantan. Boleh dehydration defend dorang :/
Sekian entry kali ni. Layan hindustan lagi. hee~ Eh jap, meh layan hindustan sekali dengan aku. Zassss!
Monday, January 9, 2012
Bole Chudiyan! *Goyang-goyang bahu*
Hindustan fever menyerang aku sekarang nie! Masuk hari ke-5 aku layan hindustan. Hewhewhew Best apa layan hindustan. Sambil layan, sambil menari goyang-goyang bahu. Bergegar juga lemak aku kan, manatau boleh kurus.
Ok bukan pasal lemak bergegar yang aku mau story sekarang nie Tapi cerita nasib malang aku yang tinggal RM2 dalam wallet T_T Benci dengan kad atm aku sekarang yang inactive. Sigh! Baru call CIMB tanya kenapa, rupanya aku masuk salah pin 3 kali sebab tu dorang blocked. Nice lah kan. Manada salah, aku yakin sangat aku masuk pin yang betul. Ish geram mak!
So, aku sekarang sangatlah bankrap sebab tiada duit. RM2 untuk besok, tengah hari baru dapat pegi CIMB minta betulkan kad aku tu. Harap-haraplah besok settle semua. How can I live with only RM2 in my wallet? Howww??? Beli jajan pun fikir 10 kali.
Cukup cerita sedih. Sekarang cerita happy pula. Tapi before tu aku mau tunjuk muka comel aku hari ni. hehe.
Comel kan comel kan? hehe ok, boleh muntah sekarang -.-
Hari ni, tema dressing aku ialah arab. Eseh! Arab lah sangat kan. Tapi mungkin juga lah. dress hitam + tudung pashmina. Labuh aku pakai. Kalau jalan sekali dengan perempuan-perempuan arab dalam campus mesti dorang ingat aku pun orang arab. hehe Perasan hidung mancung lettewww~
Back to motif utama, hal gembira yang aku rasa memang menggembirakan dan melegakan bagi aku ialah pasal benda-benda yang perlu settle, akhirnya settle juga. Walaupun bukan semua tapi at least, kuranglah beban aku tu sikit kan. Alhamdulillah
1. Business Information Systems report & database DONE!
2. Market & Planning Management report DONE!
3. Market & Planning Management presentation - 12/1/2012
4. Research Methods for Business report - In process
5. Quality & Operations Management report DONE!
6. Internship training - In process
Kesimpulannya lebih kurang 50% hal itu sudah settle. Tinggal sikit ja lagi then aku boleh belajar untuk final exam dengan tenang without any kerja yang tertangguh. Syukur Alhamdulillah. Rasa ringan sikit beban ni. Part report tu yang memang menduga kesabaran. Tapi, demi ilmu kan. Kena sabar. Setakat ni, kesabaran aku untuk assignments masih lagi di tahap yang selamat.
Pasal internship training tu pula, memang sungguh menduga kesabaran & kepanasan telinga aku call banyak tempat. Yes, banyak company macam hampeh. Kalau reject aku pun, bagitahu lah kan. Janganlah diam seribu bahasa. Buat aku curious ja. Lagipun, kalau awal-awal bagitau aku kena reject, kan senang aku proceed apply company lain. Tapi nasib lah aku ni cepat bertindak lagi bijak. Sekarang tengah tunggu jawapan dari Shangri-la Tg. Aru Resort, Sutera Harbour, Ming Garden, Le Merridien & Hyatt Regency Hotel. Harap-haraplah ada satu sangkut. Boleh aku pegi training dengan senang hati. Kan?
Last but not least, jom lah join aku layan Bole Chudiyan 48 kali sehari. Dijamin bahu anda akan kurus -.-
Ok lah, mau rehat. Mengantuk + penat rasa badan sekarang ni. Selamat Malam :)
Quote of the day ;
As much as it may hurt, you just got to keep smiling :)
Published with Blogger-droid v2.0.2
Sunday, January 8, 2012
It's not a big deal pun kalau single...
Yes, its not a big deal so chill babe. Bukan mati pun tiada lelaki dalam hidup kita. Wah wah wah, bukan main aku cakap senang lah kan. Tapi, no worries, I know exactly what the single ladies feels now. Because I'm a single lady too. Hehehehe *malu pulak*
Okay, actually this entry ditujukan khas buat mereka yang sangat susah move on bila putus cinta. Ya, sakit memang sakit. Tidak payah cakap lah kan sakit dia macam mana. Kalau ikut hati memang mau telan 10 biji panadol sampai pengsan. Tapi!! its not good you know. Buat apa seksa badan sendiri buat benda bodoh tu sedangkan your ex tengah hu ha hu ha enjoy single life dia. Take a deep breath and move on babe.
What should you do?
1. Buang gambar-gambar you ex & gambar kamu bersama. I done this already after I broke up with Romeo (Well, siapa baca blog aku dari tahun2 lalu, akan tahu kisah cinta aku). Jangan tengok gambar dulu-dulu yang mungkin akan buat kamu meleleh airmata lagi. Yalah, mula-mula tengok, lepas tu terkenang, lepas tu nangis. Hati sendiri juga sayu. So, please. Just throw it away. Its not worth to keep anymore.
2. Menangis. Bila anda rasa sangat miserable dengan kehidupan single, menangis lah. Jangan pendam. Tapi menangis sikit-sikit sudah lah. Ini sampai sebulan memang minta penampar. Or if you need someone to talk, ring your girlfriends. As for me, I ring my Mama. Sweet kan? Mengadu, meraung call Mama minta kata-kata semangat. Mama is always the best listener and the best adviser. Thanx Mom and thanx to my dearest Sheeka yang juga menjadi pendengar hebat! =)
3. Shopping! Ini kalau ada duit boleh lah kan. Tapi ada duit sikit-sikit asalkan beli benda yang kamu memang betul-betul mau, rembat saja. Same goes to foods. Bila perempuan sedih / stress, foods will be a good company. Beli lah makanan yang kamu suka lepas tu makan sambil tengok your favorite show. Best! *terbukti sudehhhh*
This is what I have bought after I broke up. Excited okay. Rewarding yourself for being such a strong woman is a good way to be happy :)
4. Chilling with you bestfriends. Tidak kisahlah guy friends / girlfriends yang penting bergembira. Lepak, borak, hu ha hu ha and please, jangan pula korang borak pasal your ex. FAIL! Cerita benda happy kan best. Jangan meratap sangat kesedihan tu.
5. Dress up. Okay, this is so girl thing. Jangan sebab putus cinta, dressing pun hancur. Hidup macam tunggang langgang tidak terurus. NO! Pakai lah lawa-lawa, cari keyakinan tu semula. But please jangan overdressed pula. Simple yet nice lah kan. Biar orang tengok walaupun kamu baru putus cinta tapi still lawa, malah tambah berseri-seri lagi.
6. Travel. Alone or with your friends. Untuk aku, tidak payah lah pegi oversea bagai kan. Nama pun student, belum banyak duit. So aku hanya pergi KL with my friends masa puasa. Mungkin niat utama shopping raya di KL tapi niat dalam hati aku, I want to have fun! Yes memang sangat fun. Tidak payah pergi jauh-jauh, asal keluar dari kawasan sudah cukup. Boleh explore benda baru (Walaupun bukannya baru pun KL tu bagi aku) tapi keluar ja la. Jangan terperap.
7. Keep busy. Sibukkan diri. Bila sibuk, you don't have time for any other unimportant thing to think. Kan? So, sibukkan ja diri tu dengan hal University, hal kerja or apa-apalah. Hal jiran tertangga tidak payah sibuk okay, itu bukan sibukkan diri namanya, itu mami jarum! haha Ok, back to sub topic. Kalau lah diri itu sangat tidak sibuk walaupun cuba untuk sibuk, try something new. Mungkin boleh belajar memasak ka, belajar menjahit ka, or apa-apa lah. Yang penting, DO SOMETHING!
Seperti biasa, memandangkan aku anak ke-7 & aku suka number 7, jadi 7 sajalah tips yang aku bagi. Heee~ Cukuplah untuk bekalan diri sendiri & sesiapa yang sudi terima tips aku ni.
To be honest, memang susah untuk move on. Memang! Aku sudah rasa macam mana lemahnya rasa, sakitnya hati, malasnya mau hidup. Dulu pun, aku tidur sepanjang hari, makan pun tidak terjaga. Tapi bila sudah "come back", baru terfikir bodohnya aku masa tu. Buat apa sedih untuk seseorang yang tidak menghargai kita. Mungkin kamu hilang kekasih tapi masih banyak lagi kekasih lain yang sentiasa ada untuk kamu. Parents, adik-beradik, kawan and yang paling penting Allah.
Fikir positif, Allah jauhkan dia dari kamu sebab dia bukan ditakdirkan untuk kamu. Yakinlah, apa yang Allah ambil dari kamu, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik untuk kamu. Jangan pernah rebah, sayang.
To be happy, sometimes you just have to forget what's gone, appreciate what still remains and look forward to the good that's coming next.
Saturday, January 7, 2012
Entrepreneurs can change the world :)
InsyaAllah, someday :)
Azam 2012
Ecececehhh orang sibuk buat list azam 2012, aku pun mau juga! hee Mana boleh ketinggalan kan. Lagipun best apa ada azam. Walaupun kadang-kadang azam tu tidak berapa berazam, at least ada juga semangat buat azam. Capai tidak capai belakang cerita lah kan. Yang penting, usaha!
Ok ok, meh aku share azam 2012 aku yang sungguh berazam ini. Eceh ;)
1. Mahu jadi wanita yang berjaya *Cliche tapi bermakna*
2. Diet/menguruskan badan sampai jadi macam Jessica Alba. hehe melampau lah kan. Kurang 10kg cukup. InsyaAllah...
3. Bercuti di mana-manalah. Singapore & Genting pun cukup ( Ini kira azam juga ka?)
4. Naikkan pointer. Amin~
5. Melancarkan jenama sendiri. Haaa, yang ni kena tunggu aku habaq next projek aku. InsyaAllah kalau ada rezeki, ada lah kan. Kalau tiada, sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk aku :)
6. Single. HAHA orang azam dapat bf/gf tapi aku berazam mau single sepanjang tahun ini. hehe Anyway, aku single apa. Selagi belum ada ikatan yang halal, maknanya masih single. Single best. Baru merasa, suka pula! Independent gitewwww. hihi
7. Berjaya mengatasi penyakit "gayat" a.k.a takut ketinggian. Malu dowhh lalu jambatan pendek 2 tingkat pun minta orang pegang tangan sebab dalam fikiran takut jatuh -.-"
Haaa, memandangkan aku anak ke 7 and aku suka no.7 jadi azam aku ada 7 saja untuk 2012 ni. Cukup lah kan. Banyak-banyak pun susah. Marilah kita berusaha mencapai azam masing-masing. Semoga berjaya!
Ini muka gangster aku. Gangster ayu-ayu sikit. hee~ Macam mau lempang muka sendiri :/
New year 2012
haaaa, sudah 7/1/2012 baru aku update pasal new year kan. Memang bagus betul lah. Tapi tidak mengapa, bukan menarik pun. Orang lain mungkin update sambut new year di KLCC, The Curve, Padang entah mana..hebat lah kan. New Year Celebration aku bukan gempak macam kamu. Janji happy lepak dengan member, cukup!
Lagipun, jam okay! Walaupun kami semangat turun KL untuk sambut new year tapi tidak ke mana pun, lepak dalam kereta paling lama & tengok bunga api pun dari dalam kereta T_T sebab stuck dalam jam.
Malas lah aku story banyak-banyak pasal New Year aku. Tengok gambar lah ya? Bukan banyak pun, janji ada :)
Motif pose macam ne?! Bajet sexy -.-"
Anyway, ne masa baru check-in hotel. Hotel Alami Garden, Shah Alam. Lawa okey hotel dia, harga pun murah. Siapa may try test tinggal sini, boleh lah google details hotel tu ya.
Teman bermanja. HAHA manja lah sangat! Jangan heran apa benda buruk di pangkuan Nass. Dia memang tidak boleh berpisah dengan bantal busuk dia tu.
Budak comel yang sangat suka makan Meatball Ikea. The best okay. 15 Biji memang tidak cukup. Tapi oleh kerana duit yang tinggal tidak seberapa, 15 biji pun jalannn...yang penting merasa :)
See, tidak memberangsangkan kan new year aku? Tapi, asal dengan member pun sudah cukup happy. Dapat lepak, makan sama-sama & travel sama-sama memang best! And fyi, detik pukul 12 tu kami on the way ke restoran mamak area Shah Alam. Kesimpulannya, kami sambut new year di kedai mamak. End of entry. Kbai!
Happy New Year 2012! =)
Subscribe to:
Posts (Atom)









